Sunday 9 December 2012

SAHABAT

assalamualaikum ? hri ni sayo cuma nok citer pasal SAHABAT saya .. ade sorang kawan saya nim , saya dh anggap dia macam SAHABAT saya dah . korang pon tau kan beza KAWAN n SAHABAT tuh ! . arhh , dia memang baek kot DULU , selalu buat saya bahagia , same2 kongsi masalah n whatever lah ! saya sayang dia ketatketat tau . Tapi x tau kenape sekarang ni dia selalu je busy , yess i know that she had a work now , tapi takkan la sampai 24 jam busy ? dan saya pun x tau kenape dia selalu gadoh , gadoh n gadoh je ngan saya sekarang ni , everything i do tak kena di mata dia . sedih nye hati tapi ape kan daya ? :'( . tadi saya dengar lagu SAHABAT - NAJWA LATIF n then terus ingat dia sebab dulu dia pernah nyanyikan lagu tu untuk saya . rindu sangat2 mase tu !! :'(  . walau apa pon yang berlaku dia tetap kawan saya n kalau dia bace post saya ni saya cuma nak cakap yang saya mintak maaf kalau ade buat salah . saya selalu mengalah dengan awak demi persahabatan kita kay :')


Thursday 13 September 2012

Kisah Hidupku

Suatu ketika dahulu ,
aku telah belayar ke suatu tempat yang indah
di dalam sungai yang sangat jernih airnya ,
aku belayar dengan menaiki perahu ,
aku belayar di suatu pagi
yang tak dapat ku memberi bayangan kesuburannya,
walaupun begitu , terlalu banyak
buaya dan ranting-ranting yang patah telah menghalang perjalananku ,
namun aku tetap tabah untuk mengharunginya ,
tetapi hari semakin gelap ku rasakan ,
hidupku ditakuti dengan rasa keresahan ,
lalu hidupku telah diterjuni dalam kegelapan ,
aku berasa tidak tentu hala ,
tiada arah untuk ku tuju lagi 
kerana kegelapan yang telah menyelubungi hidupku ,
namun begitu aku tetap percaya bahawa
bintang dan bulan sentiasa ada untuk menyuluhi perjalanan ku ,
aku bertanya pada sang bintang 
adakah perjalanan ku ini telah tersesat jauh ?
tetapi tiada jawapan dari sang bintang ,
lalu aku bertanya pula pada sang bulan 
mengapa engkau tidak memberi jalan yang benar padaku ?
kenapa engkau hanya menyuluh perjalanan ku ?
tetapi bulan hanya tersenyum kepadaku .
aku hanya ingin kembali ke jalan
yang penuh dengan keindahan
tetapi yang ku rasa kini hanyalah kegelapan
dan kekosongan yang terus dan terus menyesatkanku ,
aku berusaha untuk mencari kebahagiaan itu kembali ,
aku cuba untuk keluar daripada kegelapan ini ,
sehinggalah sekarang aku merasa bahawa hidupku 
kian dekat dengan keindahan di waktu dulu ,
akanku cari dimana keindahan itu kerana aku tak sanggup
untuk hidup dalam kegelapan ini lagi . 


 

Thursday 6 September 2012

MY BELOVE FRIEND

You Are like a flower,
a rose to be exact,
Or maybe like a brand new gate
that never comes unlatched
You are like an owl,
both beautiful and wise.
Or perhaps you are like a ghost,
whose spirit never dies.
You are like a heart that goes
strong until the end. .
Where would we be in this world
 if we didn't have a friend..


HAHA , sebenarnya puisi ini untuk kawan aku N.A.A . Kelmarin saya dah persembahkan untuk dia sebab cikgu saya suruh buat puisi untuk seseorang n persembhkan untuk orang tuh kelmarin . btw, saya enjoy r belajar english sekarang ! respect sangat sir Imran .Kekadang sampai tak sabar nak tunggu kelas Bahasa Inggeris :D

Thursday 28 June 2012

Kaseh Sayang Seorang Cikgu :'D

Assalamualaikum ... sihat tak korang ? lame dh x update blog ni . aduii . awok awok semua tuh duduk senyap situ lepas tu buka mata n selamat membaca oke :) seperti yang cikgu bagitahu lah kan , minggu ni akan adakan 'spotchek' dari kelas ke kelas kan , kan ? jd setiap hari saya sedia untuk d'check oleh cikgu . samapai lah hari ni (khamis 28.6.12) . td saya nampak cikgu disiplin berjalan menuju ke kelas saya . dalam hati saya rase macam tenang je , ye la kan dah takde kesalahan buat ape nak takot ? betul tak ? bile je cikgu tu masuk dalam kelas , n then monitor arahkan suruh berdiri n then "ASSALAMUALAIKUM CIKGU" bace doa n lepas tu cikgu cakap JANGAN DUDUK LAGI KECUALI KETUA KELAS . lepas tu kan cikgu marah marah kat kitorang sebab dapat laporan laporan yang tidak sedap didengar oleh cikgu tu la . n then cikgu check BUKU NOTA SAINS . " ALAMAK MAMPUS LA AKU KALI NI , AKU TAK SIAP LAGI NOTA TUU , ADUII NASIB NASIB ! (Dalam Hati Saya)" bile d'check dari sorang ke sorang , tibe lah giliran saya . " AWAK ! MANE YANG AWAK BUAT ?? SILA BUKA SEKARANG SAYA NAK TENGOK (dengan nada yang lantang) " . sy pun membelek belek buku nota . cikgu cakap " SAYA NAK TENGOK BAB 4 , MANE BAB 4 ?? " kemudian dengan nada yg perlahan sy jawab " TAK SIAP CIKGU :( " . peennnnnnnnnnnnnnggggggggggggg !!! ( rotan dengan kuat di bahu ) . aduiii sakitnye !. lalu cikgu cakap " AMBIL NOTA N BUKU TEKS RUJUKAN AWAK PERGI BUAT DILUAR TEMPAT PANAS OKEY ! " . mujur lar jugak ramai kawan kawan saya yang kene same macam saya , kalau tak nanti malu sorang sorang , hee ~~ buat n terus buat nota . sampailah jam 11.30 p.m cikgu cakap " OKE AWAK SEMUA BOLEH MASUK KE DALAM DAN SIAPKAN KERJA ! " . ALHAMDULILLAH YA ALLAH (dalam hati) . cikgu cakap "SAYA DENGAR AWAK BISING N BLA BLA SEMASA WAKTU SAINS , TERUTAMA tut tut . BETUL KE ? OKAY LAH KALAU MACAM TU SAYA AKAN AMBIL ALIH MATAPELAJARAN SAINS " dalam hati saya " MENYESAL NYE AKU TAK BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH SAINS , MENYESAL AKU TAK BUAT NOTA, HARAP HARAP TAK TUKAR LAH CIKGU SAINS :( " n macam macam lagi lah . *INSAF* . cikgu membebel n nasihat macam macam . lepas tu beliau keluar dari kelas . kemudian , jam menunjukkan pukul 1.30 (mase SAINS) , bile nampak je muka cikgu M (cikgu yang mengajar sains) jelas terpancar di muka saya dan kawan kawan keceriaan n kegembiraan kerana cikgu tak bertukar pun sebenarnya . tibe tibe je saya rase sangat sangat sayang dan terharu dekat cikgu M tu , lalu mengalir air mata jernih ke pipi sy . " YA ALLAH ! SELAMA NI SAYA TAK SEDAR YANG CIKGU NI SEBENARNYA SANGAT SANGAT BEERTI DALAM HIDUP SAYA " . mulai hari ni saya dah tanamkan azam supaya menjadi pelajar kebanggaan para guru , TERIMA KASIH CIKGU ! :'D ... bhai bhai , sekian wassalam .

Friday 11 May 2012

Selamat Hari Ibu ___¶¶ (_.^._)¶¶__ IBU ENGKAULAH RATU HATIKU ¶_¶¶(_.^._)¶¶

memandangkan hari ni hari ibu , sy nk update blog pasal ibu lar sikit , hehe :) tahukah kamu semua bagaimana jasa ibu kepada kita ? sesungguhnya jasa ibu x dapat dibalas dengan wang ringgit n juga x dapat dihitung dengan jari . ibu dah bertarung nyawa mase nk lahirkan kite , prnahkah kite fikir pasal tu ? ibu ni ibarat jantung , kalau x der beliau x lengkaplah kite kann ? beliau telah mengasuh , mendidik kita tanpa mengeluh atau mengungkit hal itu :) . ibu sanggup bersengkang mata kalau kita sakit ataupun mendengar kita menangis :') . ibu sanggup memenuhi permintaan kita n beliau sanggup bekerja cari duit untuk perbelanjaan kite kann ? ibu selalu mengambil berat pasal kite , tul x ? :D tanpa kita sedar kite selalu membebankan ibu namun ibu x pernah mengeluh , hebat kann ibu kite ? :') ibu sanggup x hidup mewah demi anaknya . ibu sentiasa memberi dorongan n sokongan dengan sepenuh hatinya untuk kite belajar n menjadi anak yang baekk , . oleh itu , janganlah korang jadi macam KACANG LUPEKAN KULIT . harapan saya semoga kite semua sentiasa mentaati n menghargai ibu kerana SYURGA ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI IBU . rakamkanlah ucapan TERIMA KASIH kepada ibu kitaa , . "IBU ENGKAULAH RATU HATIKU" ;D I LOVE MY MUM (HAMADAH BINTI ABD. RAHMAN)

Sunday 22 April 2012

TPM datang ke SMKCE

assalamualaikum ?
atooii , letih nyer hari ni tp happy :D
nk tau x nape ?? sebab tadi ade gotong-royong at skolah  sy
tp kejap je ... dua masa terakhir je
sebab nanti hari selasa TPM (Timbalan Perdana Menteri)
Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
nak datang ke sekolah saya SMK Chabang Empat :)
sape yang x bahagia kan bila boleh jumpe orang nombor 2
dalam negara kita Malaysia yang tersayang ni ..
dekat sekolah saya sekarang ni semakin bersih dan banyak
khemah-khemah kat padang dah macam Jom Hebah dah .. hehe
maklumlah nk raikan mesti lar wat persiapan dulu kan ?? hehe
btw , sy cuma nk ucap rse bangga kpada sekolah sy SMKCE hehe
love SMKCE (♥)

                                             

kalau korang x kenal beliau .. ni ade sikit lar biodata pasal TPM kite ni :)

 
Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Nama: Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Gelaran: Y.B. Tan Sri Dato’
Jawatan: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kawasan: Ahli Parlimen Pagoh
 
Biodata Peribadi
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

AnugerahKerjaya
•2007-Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Dato Seri
•1991-Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ), Dato’
•1988- Panglima Setia Mahkota (PSM), Tan Sri
•1980-Setia Mahkota Johor (SMJ)
•1979-Bintang Sultan Ismail (BSI)
•1974-Pingat Ibrahim Sultan (PIS)