Thursday 13 September 2012

Kisah Hidupku

Suatu ketika dahulu ,
aku telah belayar ke suatu tempat yang indah
di dalam sungai yang sangat jernih airnya ,
aku belayar dengan menaiki perahu ,
aku belayar di suatu pagi
yang tak dapat ku memberi bayangan kesuburannya,
walaupun begitu , terlalu banyak
buaya dan ranting-ranting yang patah telah menghalang perjalananku ,
namun aku tetap tabah untuk mengharunginya ,
tetapi hari semakin gelap ku rasakan ,
hidupku ditakuti dengan rasa keresahan ,
lalu hidupku telah diterjuni dalam kegelapan ,
aku berasa tidak tentu hala ,
tiada arah untuk ku tuju lagi 
kerana kegelapan yang telah menyelubungi hidupku ,
namun begitu aku tetap percaya bahawa
bintang dan bulan sentiasa ada untuk menyuluhi perjalanan ku ,
aku bertanya pada sang bintang 
adakah perjalanan ku ini telah tersesat jauh ?
tetapi tiada jawapan dari sang bintang ,
lalu aku bertanya pula pada sang bulan 
mengapa engkau tidak memberi jalan yang benar padaku ?
kenapa engkau hanya menyuluh perjalanan ku ?
tetapi bulan hanya tersenyum kepadaku .
aku hanya ingin kembali ke jalan
yang penuh dengan keindahan
tetapi yang ku rasa kini hanyalah kegelapan
dan kekosongan yang terus dan terus menyesatkanku ,
aku berusaha untuk mencari kebahagiaan itu kembali ,
aku cuba untuk keluar daripada kegelapan ini ,
sehinggalah sekarang aku merasa bahawa hidupku 
kian dekat dengan keindahan di waktu dulu ,
akanku cari dimana keindahan itu kerana aku tak sanggup
untuk hidup dalam kegelapan ini lagi . 


 

No comments:

Post a Comment